Sunday 14 February 2016

TIPS PENJAGAAN RAMBUT BAGI YANG BERTUDUNG

Assalamualaikum w.b.t..

Hai semua..

Hari ni aku ingin kongsikan tips penjagaan rambut wanita yang mengenakan tudung.. tidak kira samada rambut anda pendek, panjang, lurus atau keriting rutin penjagaan dan perawatan yang betul dan sempurna sememangnya perlu.

Bagi yang bertudung, penjagaan rambut memerlukan perawatan ekstra kerana keadaan rambut yang tertutup  dalam jangka masa yang lama mempengaruhi kesihatan rambut.

Jom kita semak tipsnya!!

http://mizzzazasweety.blogspot.com
credit: google

7 Tips:
  1. Pastikan anda mencuci rambut secara teratur iaitu selang dua hari atau tiga kali sehari. Anda disarankan menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut yang dimiliki. Selepas rambut dicuci, pastikan rambut dikeringkan sebaik mungkin sebelum mengenakan tudung. Pemakaian tudung semasa rambut masih basah/lembab menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan mengakibatkan masalah pening kepala.
  2. Pilih tudung daripada material kapas yang baik pengaliran udaranya agar kulit kepala mampu bernafas.
  3. Lakukan rawatan creambath seminggu sekali sebagai langkah membekalkan nutrisi untuk rambut.
  4. Berikan rawatan masker rambut seminggu sekali untuk menjaga kesihatan dan kekuatan akar rambut.
  5. Amalkan makan sayur-sayuran/buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Ia membantu pertumbuhan sel-sel rambut yang  baru dan memelihara kesihatan kulit kepala.
  6. Pelihara keharuaman rambut dengan ramuan rempah ratus. 
  7. Serum dan tonik rambut membantu menguatkan akar rambut. Sapukan selepas rambut selesai dicuci.
Antara syampu yang sesuai digunakan oleh wanita berhijab ni adalah:

Rangkaian Syampu Safi Shayla 
http://mizzzazasweety@blogspot.com
credit:google

Syampu Sunsilk Lively Clean & Fresh
http://mizzzazasweety@blogspot.com
credit:google

Okeylah..semoga perkongsian ni bermanfaat buat semua..tq :)

Sekian, wasalam.