Assalamualaikum w.b.t..
Hai semua..
Jom kita semak tipsnya!!
7 Tips:
Hai semua..
Hari ni aku ingin kongsikan tips penjagaan rambut wanita yang mengenakan tudung.. tidak kira samada rambut anda pendek, panjang, lurus atau keriting rutin penjagaan dan perawatan yang betul dan sempurna sememangnya perlu.
Bagi yang bertudung, penjagaan rambut memerlukan perawatan ekstra kerana keadaan rambut yang tertutup dalam jangka masa yang lama mempengaruhi kesihatan rambut.
Jom kita semak tipsnya!!
credit: google |
7 Tips:
- Pastikan anda mencuci rambut secara teratur iaitu selang dua hari atau tiga kali sehari. Anda disarankan menggunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut yang dimiliki. Selepas rambut dicuci, pastikan rambut dikeringkan sebaik mungkin sebelum mengenakan tudung. Pemakaian tudung semasa rambut masih basah/lembab menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan mengakibatkan masalah pening kepala.
- Pilih tudung daripada material kapas yang baik pengaliran udaranya agar kulit kepala mampu bernafas.
- Lakukan rawatan creambath seminggu sekali sebagai langkah membekalkan nutrisi untuk rambut.
- Berikan rawatan masker rambut seminggu sekali untuk menjaga kesihatan dan kekuatan akar rambut.
- Amalkan makan sayur-sayuran/buah-buahan yang kaya dengan vitamin C. Ia membantu pertumbuhan sel-sel rambut yang baru dan memelihara kesihatan kulit kepala.
- Pelihara keharuaman rambut dengan ramuan rempah ratus.
- Serum dan tonik rambut membantu menguatkan akar rambut. Sapukan selepas rambut selesai dicuci.
Rangkaian Syampu Safi Shayla
credit:google |
Syampu Sunsilk Lively Clean & Fresh
credit:google |
Okeylah..semoga perkongsian ni bermanfaat buat semua..tq :)
Sekian, wasalam.